Sunday, January 10, 2010

WCM/NWM NUR SHAZWANI ZULLKAFLI MEMARTABATKAN SUKAN CATUR DI IPT










SALAM MESRA DARI SELCHESS

SALAM 1 MALAYSIA

JIKA RAKAN-RAKAN MANATAP AKHBAR BERITA HARIAN RUANGAN SUKAN SABTU 9 JAN 2010 DAN AHAD 10 JAN 2010, KEHANGATAN BERITA SUKAN CATUR TERSINGKIR DARI KEJOHANAN MSSM 2010 BERSAMA 10 SUKAN YANG LAIN. selchess ingin berkongsi cerita bahawa sukan catur telah mendapat penghargaan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“ NUR SHAZWANI ZULLKAFLI MEMARTABATKAN SUKAN CATUR DI IPT”

Pada 8 JANUARI 2010 bersamaan hari JUMAAT,

UNIVERSITI MALAYA telah menganjurkan “Majlis Anugerah Sukan MASUM 2009”.

Berita manis yang ingin dikongsi bersama atlet catur khasnya dan peminat catur amnya, ialah

WCM/NWM NUR SHAZWANI ZULLKAFLI telah berjaya menerima LIMA (5) ANUGERAH.

5 Anugerah tersebut ialah :

1. Anugerah LENCANA PENUH

2. ANUGERAH KHAS wakil Malaysia

3. PASUKAN GEMILANG

4. OLAHRAGAWATI

5. Anugerah paling tinggi “ANUGERAH BIRU” (menewaskan olahragawan)


Beliau menerima Blazer, Trophy dan Wang Tunai.

Sesuatu yang di luar dugaan, namun ianya satu hakikat. Kini, sukan catur mampu menyaingi pelbagai sukan yang dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan Antara Universiti (MASUM). Nur Shazwani Zullkafli yang berjaya mendapat pingat EMAS setiap kali beliau menyertai MASUM telah dihargai oleh Universiti Malaya. Dalam kesibukan beliau memerah otak, belajar di Tahun Tiga jurusan Perubatan dan Pembedahan, beliau masih tetap bersedia memerah otak untuk bermain catur . Bagi Nur Shazwani , walaupun masa beliau padat dengan study, namun beliau akan tetap bermain catur , apatah lagi jika ianya membantu menaikkan imej UNIVERSITI MALAYA dan imej MALAYSIA.


SYABAS & TAHNIAH buat Nur Shazwani Zullkafli, atlet catur Malaysia.


Jika di rujuk kepada wawasan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin bahawa YBG TanSri bercita-cita untuk memartabatkan sukan seiring dengan pencapaian dalam pendidikan; pelajar yang aktif sukan amat mengalu-alukan berita ini. Tambahan pula, penglibatan pelajar dalam sukan dan kokurikulum dikira 10% , sebagai laluan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi. Maka, berlumba-lumba para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sukan untuk merealisasikan cita-cita mereka ke IPT. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ibu bapa yang telah bertungkus lumus dan mengeluarkan belanja menghantar anak-anak mereka melibatkan diri dalam sukan, guru-guru yang juga bertungkus lumus melatih pelajar untuk aktif dan berjaya dalam sukan, nampaknya tidak berpenghujung. Cita-cita untuk memartabatkan sukan dalam pendidikan menjadi tinggal harapan.


Seiring dengan itu, selchess ingin menarik perhatian peminat catur bahawa ; Senario catur antara sukan yang tersisih dari calendar MSSM menimbulkan kesedihan yang tiada penawarnya, melainkan ada pihak yang berusaha bersama-sama untuk mengelolakan 11 sukan tersebut. Usaha BSSK dalam Berita Harian AHAD 10 JAN 2010 sedikit melegakan apabila Pengarahnya Tuan Jame Alip menyatakan pihak BSSK melakukan pelbagai usaha seperti mencari penaja untuk merelisasikan 11 sukan kekal dalam kejohanan MSSM. Mudah-mudahan ianya menjadi satu REALITI.


Selchess sentiasa berdoa kehadirat ALLAH semoga catur tetap ada dalam kejohanan MSSM, semua itu adalah dengan izinNYA. Apa pun yang bakal berlaku kita perlu redha. INSYAALAH. AMIN.


No comments:

Post a Comment