Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri MC dan seluruh pengurusan Selangor Chess ucapkan buat semua penggemar catur yang beragama Islam dan bakal mnyambut hari lebaran. Semoga hari raya tahun ini membawa seribu satu pengertian yang menyentuh kalbu masing-masing. Yang pasti, hari raya ini bakal memisahkan sebentar minda kita dengan catur. Janganlah pula kuih batang buruk terbayang seakan pawn, semperit mewakili knight dan sebagainya. Oh ya, tahniah juga diucapkan kepada pemain-pemain yang telah mengukir kejayaan dalam apa saja pertandingan catur sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Semoga akan ada lebih banyak lagi kejayaan yang bakal dicapai selepas musim perayaan ini. Buat yang pulang ke kampung, kami ucapkan selamat memandu dan sentiasalah ingat orang tersayang yang sedang menunggu anda, justeru pandulah dengan menjadikan undang-undang jalan raya sebagai panduan demi memastikan keselamatan anda.

MC akan beraya di Johor dan Kedah, manakala cikgu Zul sekeluarga pula akan beraya di perlis dan Klang. Dikesempatan ini juga kami ingin merakamkan ungkapan maaf seandainya sepanjang kita bersama dalam arena catur, sama ada sebagai pemain, bloggers, mahupun komentar selama ini ada mengguris perasaan anda. Apapun, kami lakukan semua ini adalah hanya kerana kami cintakan sukan catur dan ingin melihat sukan ini lebih berkembang maju pada masa-masa yang bakal mendatang.

Sekian, jumpa lagi selepas musim perayaan nanti.

MC & Pengurusan Selangor Chess

Tuesday, September 8, 2009

SELAMAT MENDUDUKI UPSR

MC ingin mengucapkan selamat menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah kepada semua penggemar sukan catur di Malaysia yang berumur 12 tahun dan sedang menuntut di dalam tahun 6. Semoga anda semua akan beroleh kejayaan yang cemerlang. Sudah menjadi kelaziman pemain catur dikaitkan dengan kecerdasan minda dan acapkali dikatakan bijak dalam pelajaran, namun jangan jadikan ini sebagai alasan untuk anda tidak berusaha dengan lebih gigih lagi kerana catur hanyalah satu daripada wadah yang boleh merangsang minda supaya cepat bertindak memproses ilmu tetapi ilmu itu sendiri haruslah kita cari dan perkayakan. Sekian, semoga berjaya.

Mohd Irfan Haqqim Azhar
Nur Nabila Azman Hisham
Yeoh Li Yuan
Roshan Ajeet Singh
........All The Best .......!Selangor Boleh


Minda Catura