MC bercuti panjang sebelum ini atas sebab-sebab peribadi dan rasanya pun mungkin akan kembali menjengah ruangan ini tetapi mungkin tidak secepat ini pada jangkaan awalnya. Namun setelah mendengar rintihan demi rintihan dari murid-murid yang murung dengan berita pengguguran sukan catur dari kalendar MSSM 2010, MC terpanggil jua untuk menitipkan sesuatu. Mungkin apa yang bakal diungkapkan diruangan ini tidak akan dipedulikan oleh pembuat keputusan di atas sana tetapi setidak-tidaknya apa yang terbuku tetap juga akan dilepaskan sebagai mewakili pencinta sukan ini terutamanya murid-murid yang amat memerlukan sijil mewakili negeri masing-masing sebagai sokongan untuk memohon ke asrama penuh selepas UPSR nanti. Ingatlah, jika ini sememangnya akan terus begini, maka andalah (pembuat keputusan) yang bertanggungjawab dalam menghancurkan peluang anak bangsa kita untuk memohon ke asrama penuh nanti. Mungkin pengguguran ini tidak akan menjadi kudis bagi anak-anak pembesar yang hanya berurusan melalui telefon sahaja untuk menempatkan anak mereka di sekolah mana tetapi bagaimana pula bagi golongan marhaen yang tiada sebarang kabel dalam apa juga saiznya ?
Alasan kewangan atas pengguguran ini dirasakan bukan sahaja tidak wajar, malahan tidak bijak. Ini adalah kerana sukan ini bukan sahaja merupakan kegiatan kokurikulum sahaja, lebih dari itu ia juga merupakan sukan yang amat rapat dengan perkembangan mental murid yang juga dapat membantu dalam aspek pencapaian akademik seseorang. Sebut sahaja pemain catur, apa yang jelas kebanyakan atau juga kesemuanya dari kalangan murid-murid yang menghuni kelas yang bijak. Murid-murid ini yang berpotensi cerah untuk mendapatkan 5A dalam UPSR dan lazimnya juga mereka ini bukanlah dari kalangan murid-murid yang hebat dalam sukan-sukan berbentuk lasak lain, yang mana faktor fizikal dan kekerasan mereka adalah diperlukan.Jika benar kewangan menjadi alasan, rasanya ada lagi permainan yang disenaraikan pada kalendar MSSM yang lebih wajar dibekukan. Tika kita sedang bergembira dengan komitmen Menteri Belia dan Sukan untuk memartabatkan sukan ini, pada masa yang sama seolah-olah nesan sedang disiapkan untuk sukan ini. Wow !!! Hebatnya kita. Apakah pula yang bakal dijawab oleh KPM bila orang bertanyakan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan ? Bukankah dalam falsafah tersebut jelas menyebut .......melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek. Jika kita teliti berdasarkan FPK ini, kesemua unsur JERI ini terdapat dalam sukan yang bernama CATUR !!!!
MC hairan, kenapa kegiatan lain yang boleh dipertikaikan keberkesanannya tidak pula digantung buat sementara waktu sedangkan catur pula yang telah dimangsakan. Mungkinkah ketika kita sedang merintih tentang berita malang ini, masih ada lagi mesyuarat - mesyuarat dan majlis-majlis diadakan di tempat-tempat yang hebat bersama makanan yang begitu lazat dihidangkan. Apatah lagi pembaziran penggunakan aircond dan sebagainya di pejabat pembuat keputusan. Atau mungkinkah selepas ini kita perlu memaksa anak-anak kita menjadi sedikit kasar dan lasak dengan harapan dapat mewakili pasukan sekolah mereka dalam sukan bola sepak, bola jaring, ragbi dan sebagainya walaupun itu bukanlah kebolehan mereka ? Kenyataan ini bukan lah untuk memberikan klasifikasi yang lebih rendah bagi penggemar sukan ini kerana MC sendiri pun ketika bersekolah adalah merupakan pemain negeri Kedah bagi sukan bola sepak dan olahraga tetapi sekadar untuk menyedarkan pihak tertentu yang minat serta kebolehan seseorang murid adalah berbeza.
Adakah kejayaan demi kejayaan pencatur muda kita selama ini masih belum berupaya membuka mata pembuat keputusan betapa hebatnya murid-murid kita dan masa depan sukan ini dalam mengharumkan nama negara. Ternyata kejayaan Nabila mendapat WCM, Najihah dengan WFM dan sebagainya hanya dilihat seakan nombor pendaftaran kenderaan sahaja bagi sesetengah pihak sedangkan hampir saban tahun, ada sahaja GM-GM dari luar negara yang datang bertandang dan bertarung di negara kita. Jika beginilah sikap mereka, rakyat kita tidak mungkin akan berpeluang untuk melihat GM yang pertama dari negara kita ataupun GM yang mereka tahu hanyalah Ganeral Motor yang berpangkalan di Amerika sahaja, tidak lebih dari itu.
Marilah sama-sama kita berdoa agar sukan ini dan murid -murid yang terlibat tidak menjadi mangsa percaturan pembuat keputusan atas nama kegawatan ekonomi mahupun perbelanjaan berhemat sedangkan pada masa yang sama ada lagi perkara yang dirasakan tidak perlu masih lagi diteruskan oleh mereka.

No comments:
Post a Comment