Saturday, August 21, 2010

WCM/NWM Nurshazwani Zullkafli @Wanie chess kini di Holland

Setelah sekian lama SELCHESS sepi tanpa berita, kini kita bertemu lagi.

Mungkin masih belum terlambat untuk SELCHESS mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa kepada kaum muslimin dan muslimat seluruhnya. Semoga ibadah kita ini diterima oleh ALLAH s.w.t. dan mendapat keberkatan dariNYA.

Ada sesuatu yang ingin SELCHESS kongsi kan bersama semua warga catur.

WCM / NWM Nur Shazwani bt Zullkafli @ wanie chess ; memartabatkan lagi dunia CATUR apabila beliau yang diberi rezeki oleh ALLAH untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pengajian bidang perubatannya di UM, di samping pencapaiannya yang cemerlang dalam bidang catur sepanjang mewakili UM, beliau telah terpilih untuk mewakili UNIVERSITY OF MALAYA untuk menimba pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perubatan di UTRECHT UNIVERSITY di HOLLAND/NETHERLAND selama 2 bulan iaitu 20th August – 10th October 2010. Satu BONUS kepada pelajar cemerlang akademik (fakulti perubatan UM) dan cemerlang kokurikulum UM. TAHNIAH buat wanie dan TERIMA KASIH buat UM.

Wanie chess telah terpilih bersama 4 pelajar lagi iaitu Nur Jannah, Kar Yee, Avani dan Kalai (kelima-lima adalah pelajar perempuan.) ALHAMDULILLAH beliau bersama 4 rakannya telah pun berlepas dengan AIR ASIA ke LONDON dan kemudiannya dengan ROYAL DUTCH ke AMSTERDAM.

Mudah-mudahan , ini akan memberi semangat / motivasi kepada pemain-pemain catur yang sedang menuntut ilmu / belajar , yang mana walaupun kita sibuk menelaah pelajaran ; pada masa yang sama kita masih boleh memberi tumpuan kepada permainan / bidang catur. Telah dibuktikan dalam kajian bahawa “BIJAK CATUR, CEMERLANG AKADEMIK”.

Semoga kita bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Nur Shazwani sepanjang berada di sana dan kembali ke tanah air dengan selamatnya selesai pengajiannya nanti , mudah-mudahan beliau akan terus memperoleh kecemerlangan dalam pengajian perubatannya di samping dalam sukan catur yang diceburi. AMIN.

Berikut antara gambargambar wanie bersama rakan seperjuangan dalam catur / dalam bidang perubatan / dan bersama ahli keluarga.




Ketika bersama CAS team dalam MERDEKA OPEN 2008 Naib Johan OPEN / Best Malaysian Team



Ketika bersama Pasukan Malaysia ke MACAU.FM Anas Nazreen Bakri,Haslinda Ruslan,WIM Siti Zulaikha Foudzi, WCM Nur Shazwani, IM Mas Hafizul Helmi dan En Ibrahim Bakar



Bersama rakan sepengajiannya ada dalam gambar Avani depan kanan, Kar Yee berdiri kanan, Kalai berdiri sebelah Kar Yee dan Wanie di tengah





Bersama kembarnya NM Zarul Shazwan dan adik bongsunya Amira Syahmina.