Saturday, February 6, 2010

SUNTIKAN TPM PENYELAMAT CATUR MSSM : selchess





Tanggal 5 Februari 2010, Jumaat.


Salam Mesra dan Salam 1 Malaysia daripada selchess.

Alhamdulillahirabbila’lamin.

Rasa syukur kami kepada Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia dan izinNYA maka, 11 acara sukan yang digugurkan sebelum ini telah dimasukkan kembali dalam kalender MSSM 2010

Jutaan terima kasih pula kami tujukan khas kepada YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran, kerana telah membuat satu pengumuman amat menggembirakan. “11 sukan acara sukan yang tercicir daripada MSSM telah bersatu kembali dengan 13 acara lain menjadikan kesemua 24 acara sukan bersaing dalam MSSM 2010.”

Suntikan belanjawan sejumlah RM89juta untuk sukan dan kokurikulum satu kebanggaan buat kita.

Jika diimbas kepada lawatan YAB Tan Sri ke Australia,antaranya beliau kagum dengan pendidikan sukan di Negara tersebut. Justeru itu, beliau telah membuat pengumuman untuk memertabatkan sukan dalam pendidikan di Malaysia. Para pendidik/ golongan penyelidik diseru untuk membuat penyelidikan yang berkaitan. Idea dan wawasan beliau membuka ruang kepada kepada kumpulan pendidik yang juga pencinta sukan. Keprihatinan beliau untuk memertabatkan sukan dalam pendidikan sebenarnya satu kesinambungan merujuk kepada kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) antaranya; “……untuk membentuk modal insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI), ……” Sudah tentu kejohanan sukan peringkat MSSM menjadi laluan para pelajar kita sebagai modal insan untuk memperlihatkan kehebatan mereka merangkumi JERI. “ PANDAI CATUR,BIJAK AKADEMIK ”. Kini para pencinta sukan catur amnya, atlet catur khususnya mampu meneruskan perjuangan mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sukan catur. Kiranya kecemerlangan mereka dalam akademik terbukti, maka pendakian mereka ke IPT berbekalkan 10% markah kokurikulum tentu akan dimanfaatkan sepenuhnya.

Rakan semua, marilah kira renung sejenak. “Kesedihan seketika telah mengingatkan kita bahawa apa yang menjadi milik kita sebenarnya hanyalah pinjaman sementara oleh Yang Maha Esa. Tidak kira bila masa dan ketikanya, milik kita itu akan diambilNYA. Usahlah kita alpa, ingatlah selalu kepadaNYA. Bersyukurlah atas semua pemberianNYA. Berilah sesuatu kepadaNYA, usah kita sering meminta daripadaNYA. INSYAALAH , segala yang berlaku adalah suatu peringatan buat kita. Kini, Teruskan Usaha dan Kerja kita Demi Kegemilangan Sukan Catur MSSS dalam MSSM.”

Memanglah hidup ini suatu percaturan. Pencinta catur / atlet catur bijak mengemudi kehidupan sebagai pelajar yang bertungkus lumus mencapai prestasi cemerlang dalam pelajaran, di samping tabah dan sabar untuk mencapai kegemilangan dalam permainan catur. Tahniah dan syabas.

Akhir kata, sekali lagi jutaan terima kasih daripada selchess kepada YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, KPM Tan Sri Alimudin, bekas Ketua Pengarah BSSK En Jame Alip, Penyelaras catur MSSM En Rosman b Ajis, Ketua Unit Sukan JPNS En Mohamed Latifi b Abu Bakar, dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung; telah berganding bahu memartabatkan sukan dalam pendidikan amnya dan sukan catur khasnya. Sama-samalah kita yang berada dalam kumpulan pencinta sukan catur, meneruskan tugas dan tanggungjawab kita demi kejayaan kontinjen catur MSS Selangor dalam kejohanan Catur MSSM 2010.

"Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan"

AMIN YA RABBALA’LAMIN.