Saturday, March 13, 2010

National Age Group 2010 di Penang

Kejohanan Catur National Age Group yang berlangsung di Pulau Pinang cg berpendapat kurang sesuai memandangkan tempat nya yang kurang strategik dan TIDAK BERPUSAT BAGI PENCATUR SELURUH MALAYSIA. Ramai ibu bapa kurang senang dan sependapat dengan cg. Penginapan yang sesuai dengan kebanyakan ibubapa juga sukar diperolehi.Ibu bapa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang sangat banyak untuk menyertai kejohanan ini.

NAG yang sering diadakan di KL tidak patut dipertikaikan kerana nama nya pun kejohanan peringkat kebangsaan.Cg sendiri yang sering menyertai kejohanan di Pulau Pinang dan berasal dari Perlis Indera Kayangan merasakan Pulau Pinang kurang rasional untuk menjadi host peringkat kebangsaan spt NAG.

Ini berbeza dengan kejohanan MSSM yang bergerak dari satu negeri ke satu negeri setiap tahun,kerana ia penyertaan negeri yang ditanggung dan dikelola oleh MSS negeri dan MSSM sedangkan NAG adalah penyertaan individu yang ditanggung oleh keluarga masing-masing.

Rumusannya perancang kejohanan ini perlu memikirkan secara keseluruhan ,bukan hanya sekadar nak mengadakan kejohanan saja.

No comments:

Post a Comment