Apakah agenda chess kita ? Adakah kita ikhlas dalam memperjuangkan mutu dan martabat pemain dan permainan itu sendiri ? Sejarah kerajaan negara - negara tertentu yang jatuh adalah disebabkan orang dalam yang mempunyai kepentingan sendiri. Harap-harap permainan ini tidak turut terpalit dek sejarah-sejarah lama seumpama itu. Mudah-mudahan semua kita penggemar dan peminat sukan ini ikhlas dalam perjuangan masing-masing. Siapa pun pemain, apapun bangsa dan agamanya, kita perlu akur akan kebolehan dan kehebatannya. Janganlah hanya kerana dia berbeda rupa dan warna dengan kita, maka kita berkonspirasi untuk menidakkan kehebatannya. Akhirnya, marilah sama-sama kita fikirkan bagaimana untuk meletakkan persatuan kita di persada yang sepatutnya dan pada jangka panjangnya berupaya untuk melahirkan para-para GM yang terbilang, bukan lagi hanya sekagar membilang jumlah GM negara lain.
ikhlas dari MINDACATURA...97
Sunday, April 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment